Sunday, April 18, 2010

suntikan 100


baru2 ni aku melengkapkan suntikan utk anak aku tu...
time cucuk setahun ari tuh doktor mintak aku p cucuk utk chicken pox plak...
sebulan pas tu baru la aku bawak dia p cucuk...
cam bese aku p panel...mmg xpayah bayar..nama pon klinik panel..
tp yg ni kene bayar sendiri...sbb mmg tidak di cover...
nasib baik jugak ada duit d tangan...bese nyer jarang aku pegang duit bebanyak nih...
asalnyer duit tu nk buat bayar ibuk mira yg baru pulang dari bandung...tp dah jadik rezeki klinik plak...hehehe...
cucuk chicken pox tu saje berharga rm100...
eh yer ker mahal camtu sekali...xpo la...semuanyer utk anak....


ketahui suntikan untuk anak-anak anda

- copy from utusan online

Kejayaan vaksin-vaksin moden merupakan satu pencapaian yang paling luar biasa dalam bidang sains perubatan. Sebelum adanya vaksin, ramai kanak-kanak telah dijangkiti penyakit menular seperti polio, campak,
batuk kering, hepatitis dan batuk kokol. Ramai di antara mereka yang telah meninggal dunia. Di kalangan
mereka yang hidup, ramai yang mengalami kecacatan yang kekal, seperti terencat akal, palsi serebral, epilepsi, buta dan pekak.

Vaksin-vaksin telah berjaya mengurangkan jangkitan penyakit-penyakit yang berbahaya ini. Proses imunisasi telah berjaya meningkatkan kesihatan, tempoh hayat serta kesejahteraan berjuta-juta kanak-kanak di
seluruh dunia. Kanak-kanak telah banyak memperolehi manfaat daripada vaksin-vaksin
jika dibandingkan dengan program pencegahan kesihatan awam yang lain dalam sejarah manusia!

Tetapi malang sekali, sesetengah ibu bapa sudah lupa ataupun tidak menyedari tentang kepentingan imunisasi terhadap kesihatan kanak-kanak.

Mereka telah tersilap apabila menyangka bahawa penyakit-penyakit serius tersebut telah lenyap ataupun telah dibasmi buat selama-lamanya dari muka bumi ini.

Sesetengah ibu bapa pula telah ditakutkan dengan laporan-laporan yang mengatakan bahawa ada kemungkinan sesetengah vaksin akan memberikan kesan-kesan sampingan.

.............................

Vaksin ini boleh merangsang badannya untuk menghasilkan antibodi yang akan melindunginya daripada penyakit-penyakit yang berbahaya apabila diperlukan. Dan ini merupakan perlindungan seumur hidup!

Imunisasi perlu diberikan pada usia-usia tertentu untuk keberkesanan serta perlindungan yang maksimum. Anak anda sepatutnya mendapat kebanyakan imunisasinya sebelum menyambut hari lahirnya yang kedua.

Ini akan melindunginya daripada 10 penyakit utama: Tuberkulosis (batuk kering), polio, campak, benguk, rubela, pertusis (batuk kokol), difteria, tetanus, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh Haemophilus
influenza (Hib) dan hepatitis B.

Terdapat juga beberapa imunisasi lain untuk pelbagai penyakit-penyakit menular termasuk cacar air (chicken pox),
cirit-birit, influenza, rabies, meningitis meningokokal, jangkitan pneumokokal dan hepatitis A.

Kanak-kanak di Malaysia pada hari ini menerima suntikan-suntikan berikut sebelum memasuki sekolah:

- 3 dos Hepatitis B

- 1 dos tuberkulosis

- 5 dos DTwP (difteria, tetanus, pertusis seluruh sel) atau DTaP
(pertusis tanpa sel (acellular) boleh didapati daripada sektor swasta)

- 3 hingga 4 dos Hib

- 5 dos IPV atau OPV (vaksin polio yang tidak diaktifkan atau vaksin polio secara oral)

- 2 dos MMR

Mereka juga boleh mendapatkan satu suntikan untuk cacar air selepas usia setahun, satu suntikan untuk influenza pada setiap tahun, serta dua suntikan untuk Hepatitis A.

Setiap ibu bapa serta pakar perunding pediatrik sememangnya tidak mahu anak- anak mereka mendapat suntikan yang begitu banyak.

Terdapat beberapa cara untuk pilihan ini berlaku:

* Anda boleh memilih untuk tidak mengimunisasi anak anda serta meletakkan mereka di bawah risiko untuk mendapat penyakit-penyakit yang sebenarnya boleh dicegah dengan vaksin yang sedia ada.

Ini bukan merupakan satu pilihan yang waras memandangkan betapa seriusnya penyakit-penyakit tersebut serta kesan buruk yang akan kekal sepanjang hayat mereka.

* Anda boleh berharap agar kesemua penyakit-penyakit ini akan dihapuskan serta vaksin tersebut tidak akan diperlukan lagi di seluruh dunia. Namun demikian, kini, ia merupakan satu matlamat yang masih tidak kesampaian

* Pilihan yang lebih realistik, selamat serta efektif ialah untuk meminta suntikan vaksin kombinasi yang akan dapat mengurangkan bilangan suntikan yang diperlukan oleh anak anda.

Kini, Kementerian Kesihatan menyarankan 10 vaksin untuk diberikan secara rutin kepada semua kanak-kanak pada usia-usia yang tertentu.

Daripada 10 vaksin tersebut, enam akan diberikan secara kombinasi. Vaksin-vaksin untuk difteria, tetanus serta pertusis digabungkan menjadi suntikan DTwP.

Vaksin-vaksin untuk campak, beguk dan rubela pula digabungkan menjadi suntikan MMR. Kajian yang teliti telah dijalankan untuk menilai semua vaksin kombinasi.

Kombinasi DTwP dan MMR telah terbukti merupakan vaksin kombinasi yang mempunyai keberkesanan serta keselamatan yang sama seperti jika diberikan secara berasingan.

Walau bagaimanapun, kemunculan vaksin-vaksin baru seperti Hib, pertusis tanpa sel, varisela dan IPV telah menimbulkan pelbagai persoalan berkenaan dengan keberkesanan sesetengah vaksin kombinasi.

Pada hakikatnya, kesemuanya merupakan vaksin-vaksin yang hebat.

Hib atau “vaksin meningitis” telah banyak mengurangkan peluang untuk mendapat jangkitan Haemophilus Influenzae B yang boleh menyebabkan radang pada lapisan sekeliling otak (meningitis), jangkitan aliran darah serta radang paru-paru.

Varisela atau vaksin cacar air yang kini telah mula diterima dengan meluas, sememangnya mempunyai kebaikan yang jelas sekali mengatasi risiko penyakit tersebut. Berbeza sekali dengan vaksin pertusis seluruh
sel (wP), vaksin pertusis tanpa sel (aP) bertindak dengan lebih berkesan serta mempunyai kesan sampingan yang kurang.

OPV pula merupakan vaksin hebat yang dapat mencegah polio tetapi mempunyai kebarangkalian sebanyak satu dalam sejuta untuk menyebabkan penyakit tersebut. IPV pula langsung tidak mempunyai sebarang kesan
sampingan yang berbahaya ini.

Menggabungkan vaksin-vaksin baru yang hebat ini di dalam satu picagari telah terbukti lebih bermasalah berbanding kombinasi- kombinasi lazim seperti DTwP dan MMR.

Ia bukanlah semata-mata menggabungkan beberapa vaksin yang berbeza ke dalam satu picagari untuk diberikan sebagai satu suntikan. Sebab itulah doktor anda tidak pernah mencampurkan suntikan-suntikan ini.

Kini, sejenis vaksin heksavalen (6 dalam 1) yang menggabungkan DTaP, Hib, IPV dan Hepatitis B telah mula digunakan di Malaysia.

Satu kombinasi MMR dengan Varisela (MMR-V) sedang menjalani percubaan klinikal dan akan sedia untuk kegunaan umum tidak beberapa lama lagi.

Vaksin-vaksin kombinasi ini akan mengurangkan lagi bilangan suntikan berasingan yang diperlukan oleh kanak-kanak. Kini, kekurangan rasa sakit akan menambahkan lagi kebaikan!

Menggabungkan vaksin-vaksin untuk menghasilkan satu suntikan akan memberikan lebih banyak manfaat kepada kanak-kanak serta keluarga. Ia juga sudah pastinya akan mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak (dan juga ibu bapa!) berbanding beberapa suntikan.

Di samping itu juga, ia akan memudahkan ibu bapa untuk mengingati tarikh-tarikh vaksinasi dan secara tidak langsung akan memastikan ibu bapa tidak ketinggalan untuk mendapatkan vaksinasi untuk anak- anak mereka.

Ini seterusnya akan meningkatkan kejayaan program vaksinasi negara serta perlindungan sejagat untuk semua kanak-kanak.

.................................

Penafian: Kolum ini tidak boleh menggantikan nasihat perubatan.
Persatuan Pediatrik Malaysia dan sekretariat Positive Parenting tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat isu yang timbul daripada kolum ini.

4 budak comey:

Ain said...

cakap pasal cucuk nie, teringat sarah belum ambik cucuk yg last tue (11/2thn)....

bila la nak pergi nie.....

Siti said...

bagus klu ambik suntikan ni. siti ni ambik suntikan tuk anak2 ikut yg gomennya je la.

mummy_ayu said...

salam kenal...emm..iris pun next month last punya inject 1 tahun 1/2..

Unknown said...

ain:
lambat pon xper kan..asal p cucuk...

siti:
hehe..doktor kata bagus amik...belasah je la kitorang ni pon...

mummy ayu:
salam...1thn 1/2 tu kire last la kan b4 sekolah...