Tuesday, August 31, 2010

selamat hari merdeka

Selamat hari merdeka yg ke-53 utk sume...
Aku still kt kg lg la ni...
Smbil2 ngah nyusukan dania..hehe
Ni saje nk try update blog via mobile...
Of kkos la aku xupload gmbr kan...
Lani ngah tunggu turn nk bersiap2 nk balik ke shah alam...
Owh..ari ni aku duty kolej, tp jap lg bru nk blik..harap2 xde pape hal kt sana...

Lgpon hp aku bru upgrde smlm...xleh nk guna dlm masa 3
ari...
So...nk p siap dh ni...da di du...

Friday, August 27, 2010

SEDEKAH YG PAHALANYA TERUS MENGALIR


SEDEKAH YG PAHALANYA TERUS MENGALIR

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo ' akannya " (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal :

SADAQAH JARIAH –
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
1. Berikan Al-Quran pada seseorang , setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.

2. Ajarkan seseorang sebuah do ' a . Pada setiap bacaan do ' a itu, anda mendapatkan kebaikan.
Teach someone to recite a dua.. With each recitation, you will gain hasanaat.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan. Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.

4. Tanam sebuah pohon . Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam
Place a water cooler in a public place.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
Share constructive reading material with someone.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid
Participate in the building of a mosque.

8. Edarkan CD Quran atau Do ' a .
Share a dua or Quran CD.

9. Bantulah pendidikan seorang anak .
Help in educating a child.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.


Thursday, August 26, 2010

Galak wanita bekerja separa masa



BANGI: Datuk Seri Najib Razak meminta majikan sektor awam dan swasta memberi keutamaan terhadap tawaran kerja separa masa walaupun untuk tempoh singkat bagi menggalakkan lebih ramai wanita menceburi pasaran pekerjaan.

Perdana Menteri berkata, waktu kerja longgar dan bekerja dari rumah adalah antara pilihan kepada majikan untuk menggalakkan wanita menyumbang pengetahuan serta kepakaran dalam bidang yang diperlukan.

"Jika seseorang wanita itu boleh bekerja empat jam sehari, majikan perlu mewujudkan sistem untuk membolehkan mereka bekerja untuk tempoh berkenaan.

"Contohnya pada waktu puncak seperti waktu tengah hari, tenaga kerja wanita yang tetap boleh berehat atau makan, manakala tempat mereka diambil alih pekerja wanita yang bekerja secara 'flexi hours'," katanya ketika merasmikan Hari Wanita Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.



***********************************


agak menarik bunyinyer kn....
wahaha...aku sedang membayangkan aku bekerja dari umah...
urmm...mungkin time ni aku dah terlentok depan pc sambil ditemani bantal golek...erkk...:p


Wednesday, August 25, 2010

"Duit raya" RM500 untuk kakitangan awam, pesara

2010/08/25

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.

Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA

******************************************************

pendek jek beritanyer...cam xcaye kan..huhuhu

Syurgamu Ramadhan


hehe..tetiba teringat aku layan tibi semalam sampai nangis2...
si dania tu pon pelik tgk ibu nape nangis...
ayah selamat tido sbb kesakitan keperutan keciritan..huhu
aku xlayan sgt tibi memalam skang ni pasai selalu penat jek..n tido awal kan..
tetiba smlm xleh tido pasai dok layan dak kecik tuh...
jap nk nasi la..jap nk air la..nk biskut la...sejak dah pandai minta2 nih...asik dera ibu jek..huhu
mlm td cite ni mengisahkan mak pak dia (marlia n asben) terbunuh di jalan raya...
sedih giler aku rasa...
sampai ikram tegur...jgn la sedey...hehehe...lawak kan...
ni ada aku curik sinopsis cite kt blog mana ntah td..dah tertutup plak...sowiii...:p



Sinopsis Syurgamu Ramadhan

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya.Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya…Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia.

Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun…

Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?
SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam.

Syurgamu Ramadhan yang akan disiarkan di TV3, bermula Ogos 10, 2010. Setiap Selasa-Khamis, jam 10 malam.

Pelakon Syurgamu Ramadhan
Elly Suriati, Eira Syazira, Ungku Ismail Aziz, Zarina Zainordin, Aripah Damanhuri, Shahar Yac’cob, Nurul Elfira Loy, Noryati Taib dan Azma Aizal Yusoof

Kempen Kibar Bendera




mari kibarkan bendera....
kempen 1 bendera 1 blog....
leh dpt bendera free kt sini

Kempen 1 Blog 1 Bendera


Tuesday, August 24, 2010

Cuba untuk Positive

korang pernah x rasa cam xcukup sgt masa...
ada jek keje tertangguh...
keje opis...keje umah...keje sekolah...tambah cam aku nih terikat ngan kolej lg...
walaupon xder apa la sgt..tp kekadang stress jugak kan...
kat opis nk wat keje opis...kat umah nk wat keje umah...tambah nk layan anak kecik lg...
pastu kang dah time tido kan...bila masa nk ngadap keje sekolah...huhuhu
pastu kalo metting kolej tu kalo la leh ganti ngan suami main aci pas jek kan best...
aku ni malas nk kuar2 meeting memalam ni..hehe
setakat nk layan dak2 sakit ke no hal la..leh hangkut kaum family kan...

tp xper la...bukan nk mengeluh kt sini...
cuba teringat ada terbaca ungkapan sorang kawan ni cakap...

keje opis...opismate tolong...
keje umah...husband tolong...
keje sekolah...classmate tolong...

urmm..keje rs??xleh swap ke weh??huhu...
lmbtnyer bulan 7....wa mau kuar....
tp mn la tau tetiba nnti dah bulan 7 xjadi plak nk kuar kan..hikhik...:p



ni gambar tahun 2007...
opismate...classmate...xclassmate...xopismate...xhousemate...rs2...xrs.....huhuhu
masa tetap berjalan...byk yg dah berubah...


Contest Happy Moment




oleh kerana telah di tag oleh baiduri...
meh nak wat meh....

Tarikh Tutup :
26 September 2010


kebanyakan gmbr aku sume skema2..hehe
ni gambar time balik kampung kt kedah...
aku suka sbb abah aku join sekaki..wakaka...
daa...gudluck utk sume...

insan di tag:
iera
ros


Friday, August 20, 2010

rezeki ramadhan


ok la...nk ngaku ni kt sume...

dania nk dapat adik....
so, mood skang adalah kdg3 ok...kdg xok...
doakan sumenyer selamat....


sekian, terima kasih...

perihal nk bg minum susu


aku ni macam2 nk bg dak kecik minum susu kt umah...
susah bebenor dia nk minum susu...
alih2 bg minum air sirap...
air vitagen...hehehe
baru2 ni aku simpan bekas yakult tuh...
aku bancuh susu boh dalam bekas yakult tuh...
bila dak kecik minum dia pandang aku...hahaha
3/4 gak la dari bekas tu dia sedut...
ala..bekas yakult tu bukan besar mana pon..80ml jek....
hari ke-2 aku try lg wat camtuh...
kali ni dia bg lantai minum...
dan telah dimarahi oleh ayah...hehe...cian dia....
asal kene marah ngan ayah...dia majuk la....sambil wat mulut sebek2...jebek2...

pasni aku nk carik bekas air yg xmacam botol tp leh gantikan function botol susu...
harap2 berjaya bg dia minum susu...
yer la...b4 tido aku nk kene bg dia kenyang dulu...
kalo x nnti nk tido dia nak mengempeng..mengamuk plak...sbb susu dah xbyk....
cian dak kecik nih....
xpon aku bancuh air milo jek la kalo ssh sgt kan....



Thursday, August 19, 2010

bila tak tau apa menu sahur...



source: mr google


korang penah x jadi tetiba xtau nk sahur apa kan...
maklum la...pepagi buta tu mana nk carik makanan...
ok..kt kedai byk...
tp lalu ke nk kuar p sahur kt kedai...huhu
zaman muda mudi dulu selalu la i buat...muahaha....

then, aku amik keputusan goreng ikan bilis ngan bawang....
makan ngan nasi putih boh kicap...hehehe

tu je la menu sahur kitorang pg td...
tambah nngan air kopi utk ikram...
dan aku telah disarankan oleh mira damira utk minum milo bebanyak...
tp stok milo dah abes plak...huhuhu
nk kene beli baru nih...eh mira byk kot stok yg nk wat jual xjadi tu kan???hehehe

pastu dak kecik pon bangun nk sahur gak...
makanan ayah gak la dia nk amik....xbg ayah makan...
ayah kene amik yg lain...huhuhu
kaedah makan...kunyah2...buang...

dahh...ada keje urgent.....
bubbye....

Tuesday, August 17, 2010

Cadangan Warna untuk Pakaian



tadikan aku try jejak sorang hamba Allah yg pernah aku kenal...
hehe...pastu cam menarik jek pemilihan kaler untuk harian kite kan...
sape rajin leh la follow ...
xyah penin2 dah nk pk pakai baju apa kan...
asal nk iron baju dok termenung depan almari baju...
punya la byk baju sampai xtau nk pakai yg mana...hehehe
aku la tuh...:p



Monday, August 16, 2010

yeah...siap 4...ada lg 6??


huhuhu...aku teruskan proses jahit menjahit...
semangat ni tau...
kalo x sampai bila la aku dok simpan jek wat tukun....
la ni dah siap 4 pasang....
yg ngah q ada lg 3 pasang....
yg baru potong semalam ada 3 pasang...hehehe
byk x baju aku?
sume baju aku ngan dania...
mmg sakan giler lah....muahahha...

gambar x amik lg...nnti akan ku cuba upload gambar di sini yer...
sementara aku berkelapangan dan bersemangat waja nih...
perlu siapkan sume b4 raya...:p



dan sebagai penutup en3 ari ini kupersembahkan kepada korang sume...hehee




ok...daaaa......selamat berbuka semua...
ngah pk nk buka apa lg nih..huhu



Manusia camni pon ada kan...


Salleh Gregor Samsa...
kalo mata hati dah penuh tompok hitam..ni la jadinyer...

bab kutuk mengutuk negeri aku xkisah...
manusia cam ni yg aku hangin sgt...
dah la xreti nk beradab...nk respek org pon xmo...



semoga 1 ari dia dan rakan2nyer sedar...aminnn....

Saturday, August 14, 2010

hah...try mengucap tengok!!!!



KUALA LUMPUR: Menggelikan hati apabila seorang pekerja restoran ‘mamak klon’ pucat lesi dan gagap sejurus diminta pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengucap dua kalimah syahadah dan membaca al-Fatihah bagi membuktikan dirinya penganut Islam tulen.

Dalam sesi ujian oral terbabit, pekerja restoran terbabit yang mengaku Islam dari selatan India hanya terkebil-kebil selepas berulang kali diminta pegawai Jakim membacakan ayat mudah terbabit sejurus serbuan dilakukan di sebuah restoran ‘mamak’ di Kota Damansara, di sini.
Dalam operasi jam 11 pagi semalam, sepasukan pegawai Jakim dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menyerbu restoran terbabit selepas mendapat aduan berhubung penggunaan logo halal mencurigakan yang dipasang dalam premis berkenaan.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah yang mengetuai operasi terbabit berkata, langkah memeriksa premis makanan terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima aduan pengguna yang keliru status restoran itu yang menggaji majoriti pekerja asing.
Menurutnya, sebaik tiba ke restoran terbabit, pegawai Jakim dan KPDNKK mendapati tiga logo halal Jakim disyaki palsu sengaja diletak di tiga penjuru restoran berkenaan yang diuruskan peniaga bukan Islam.
“Seorang penyelia restoran yang disoal siasat bagaimanapun berpura-pura mendakwa restoran terbabit ditauliahkan sijil halal Jakim, namun gagal membuktikan atau menunjukkan sijil berkenaan.
“Lelaki terbabit sebaliknya memberi alasan sijil halal Jakim berkenaan kini disimpan pemilik syarikat yang sedang berada di Kedah atas alasan mempunyai urusan perniagaan,” katanya.
Menurutnya, alasan itu dianggap tidak munasabah kerana kebiasaannya pemilik restoran atau kilang akan mempamerkan serta menggantungkan sijil halal berkenaan dalam premis untuk meyakinkan pelanggan berhubung produk dijual.
“Susulan itu, Jakim sengaja mengatur sesi ujian temuduga ringkas dengan meminta penyelia kedai terbabit menunjukkan pekerja beragama Islam. Justeru, penyelia terbabit segera memanggil seorang pekerjanya yang didakwa beragama Islam dan dibawa masuk dari India.
“Berdasarkan pas pekerja, pembantu restoran itu dikenali sebagai Ahmad Kadir, 26 tahun. Namun, agak mengejutkan apabila dia langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah apatah lagi membacakan surah al-Fatihah,” katanya.
Menurutnya, pembantu kedai terbabit terkebil-kebil kebingungan seolah-olah kali pertama mendengar ucapan dua kalimah syahadah yang dilafazkan seorang pegawai Jakim. LAGI....


Friday, August 13, 2010

berbuka @ muara



ari ni nak jadi baik...hehehe
xmo tunjuk gambar makanan...
sian korang..dah la pose kene tgk gambar makanan plak...
xpatut kan...ish..ish...

al-kisah smlm aku nk mkn seafood..
then hajat di hati nk p d'selat...
selalu p kt sini dulu2 ngan kawan2....
malangnyer sampai kt d'selat kol 7pm lebih kurang...
pintu pagar besi dia yg besau tuh tertutup rapat...huhu
aikk...kedai dah tutup ker...ker bankrupt...huhuhu...
mula la nk kene ubah haluan ke tmpt lain plak kan...ish...

pastu kami nk p lotus...tp dah tukar nama kedai...
lotus ni tmpat kami wat dinner time belajar2 dulu...masa ni baru cintan cintun ngan ikram..hhehe
dah turun tgk menu bagai...tgk jek ada nama cina terus xjadi...
nmpk plak chef dia yg juga cina...ish..ish...xper la...kite try tmpt lain dulu...
then...akhirnya kami singgah kt kedai muara ikan bakar, port klang...
dekat ngan tanjung harapan....

amik gambar tisu jek...hehe

ni bill ngan menu nyer..kalo rajin baca la resit tuh...muahaha...

sape nk jadi superwoman


mengenangkan ari ni adalah jumaat...
penghulu hari utk semua hari....meh nk share something...
sape yg dah tau n leh tambah2 silakan...
sape yg blom tau..meh nk share...
smlm kan time aku mamai2 dok layan jejek rasul kt tv3 kol 6pm...
la ni jejak rasul cite pasal wanita2 yg hebat di sisi Rasullullah s.a.w kan...

kisahnyer bermula apabila anak (Fatimah ra) Nabi s.a.w meminta bantuan utk sedikit kesenangan...
tapi Nabi minta Fatimah untuk amalkan zikir...
iaitu 33x Subhanallah... 33x Alhamdulillah... dan 33x Allahuakbar...baca sebelum tidur...

InsyaAllah...pada hari2 mendatang beroleh kesenangan dan kekayaan sejati...
so...sape nk jadi superwoman... leh la amalkan zikir nih...
dapat membantu kite lebih bersemangat menghadapi hari2 kita kan...

kisah di sebalik permintaan tersebut ada kt SINI ...


Thursday, August 12, 2010

Dah Tau Dah!!!



asal aku pejam mata jek...nmpk makanan...
asal nmpk makanan aku pejam mata...
nape eh...yer2...pose..xbaik bayang2 makanan nih...
maklum la tukang pk nk berbuka apa ni mmg la...
dari pg lg dah pk menu...
kalo la dah siap jadual ari2 nk makan apa kan sng..hehe...tiru ayat mas...

tp tgh tadi serius bila aku pejam mata aku nmpk sotong masak tepong...
waaahhh....bestnyer....



aku pejam lg sekali aku nmpk seafood plak lagik...adehhhh

terus i roger en.ikram u...bg hint2 sket dia dah paham...hehehe
mabeles la en.ikram nih..cam tau jek i nk p mkn katner mlm nih..muahaha
so..dia pon bg sms "hrni kita order sotong tepung, ikan kerapu 3 rasa, tomyam campur, telur dadar...nak??"

huh..nak sgt la aku ni..hehehe..best3...


makan...makan...makan...



ari ni en.ikram ajak mamam luar...
pepagi dah cite pasal mamam kan...xsesuai...
yer la..sesungguhnyer saya berpuasa...:p

tp aku xtau lg nk p serbu kedai mana...
maklum la...kompem2 sume kedai full time berbuka nih...
xper...akan difikirkan kemudian...
kalo ada sesapa ada tmpt best bgtau la eh...

btw...2-3 ari nih sebok cite pasal hotel halal kan...
maklum la bulan2 pose ni org asik cite pasal makan jek...huhuhu

kt sini aku list kan hotel yg halal oleh jakim...

Antara dapur yang mendapat sijil halal JAKIM adalah di hotel Ancasa Hotel, Brisdale International Hotel, Crystal Crown Hotel, Dynasty Hotel Citrus Hotel, Grand Seasons Hotel, Pan Pacific KLIA, KLI Hotel, Hotel Putra, Legend Hotel, Midah Hotel, Ming Court Hotel, Corus Hotel, Puteri Park Hotel, PNB Darby Park Executive Suites, Quality Hotel City Centre, Residence Hotel Universiti Tenaga Nasional, Seri Pacific Hotel, Hotel Maluri, The Plaza Hotel Kuala Lumpur dan Tradewinds Hotels & Resorts


korang nk detail lagik leh p website jakim di http://www.halal.gov.my/v2/

Wednesday, August 11, 2010

menu bukak pose...nyum3


Baju Qasrina


howeyy...akhirnyer aku berjaya menyiapkan baju dak bambam ni..hehehe

so pada mama qasrina...nk touch up ke baju nih?

wa ciluk ini gambar di sini

sekian...:p


Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H



salam menyambut Ramadhan yer semua...
moga ramadhan kali ni lebih baik dari yg lepas...
maklum la kite ni awak2 jek semangat berkobar2 kan...
lumrah la tuh...
ramadhan lepas aku xdpt solat terawih...
sbb xleh nk berdiri lelama...
time tu pregnant dan cepat pitam kalo berdiri lama...
dok plak sakit pinggang...nk tido jek...macam2 alasan kan...huhu
pose pon ponteng 2 ari jek pasai kuku ibu jari tercabut...kene makan ubat...
pose tahun ni harap2 full lagik...AMINNNN.....
tafsir ni aku beli ngan UPENA...harga dia rm100 jek...menarik..
kaler purple..leh guna utk tadarus tahun nih..hehe
xyah dah nk usung Al-Quran mai balik umah....huhu

ni time memula dapat...chantek dok dlm plastik..lani dah xder plastik dia..hehe



*********************************************************

hah...kekonon bulan pose ni kitorang nk membuat aktiviti perniagaan..
last minute xjadik...
atas sbb2 tertentuh...
aku dah tempat karipap byk...nasib ada org nk gak...hhehe
mira dah beli milo berkilang2...ngan beskut meri dia tuh...
ros tinggal nk panjat pokok kelapa nk wat coconut shake...huhu
then, sume xjadi plak...

xper la..mungkin ada hikmah...
kene rehat bebanyak kali nih...dan banyakkan buat baik..hehe

lihat la model air coconut shake tuh...ceria jek nk menjual...huhu...


Doktor Sangapp



nak share a story ari nih...
last week dania demam...n aku bawak dia p klinik panel kt seksyen 7...
disebabkan aku baru balik kelas n dah ptg...
sampai kt klinik tu dalam kol 7pm dah...dah nk maghrib...
kalo org dulu2 marah kuar umah time maghrib kan...
byk setan berkeliaran...
skang ni ada ke org kesah tu sume...huhuhu
ok..then sampai kt klinik tu ada sorang jek patient ngah tunggu nk amik ubat...
tp aku cam kenal mamat nih...kalo xsilap nama dia azli org jengka 6...
tp xtego pon takut salah org...dia pon wat muka slumber jek..huhuhu
xlama sampai turn aku...ni adalah first time aku mai klinik nih..
tgk doktor laki...adehhh...den lomah sket ngan doktor laki nih...
bila dok cam bese la doktor tanya..."sakit apa"
aku jawab..."anak saya demam...dah 2-3 hari badan panas"
"ooo...bape ari?5 ker?"...doktor tu tanya lagik...
ish doktor nih....xkan dia tambah 2+3 kot...aku pon malas ckp byk aku jawab 3...huhu
time doktor tu nk cek dania dah menggulupor nangis xmo...apa yg diseramkan pon aku xtau...
siap cek tu, doktor ngadap sistem dia kt PC dia tu...
lama dia tenung sistem tuh...tekan2...cancel..tekan2...cancel..
apa menda la doktor ni buat...jenuh gak la aku tunggu...
aku tgk muka doktor...tgk sistem...
jap2 doktor terhangguk2...eh...cam tersengguk2 jek...huhu
"haa....sangappp..." tetiba doktor tu cakap...
aku ngan ikram sengeh jek tahan sabar...adehhh la....ngantuk sungguh doktor nih
dia sangap tahan ngantukk....
siap dia belek sistem nk pilih nama ubat...agak lama gak la...
pastu dia kata dah...
aku kata "...yg saya doktor?"...mengenangkan aku dah isi form kan...
ikutkan ati nk terus balik jek..huhuhu
"haa...awak kenapa?"
"saya sakit dalam perut nih...."aku balas....pastu dia cakap ooo...dia tanya lagik...
"eh..awak sakit apa?"...
ish doktor nih...tido lagik ker tadi....aku pon ulang balik apa yg aku cakap td...
pastu doktor tu cek2 perut aku...
time dia cek sistem dia nk pilih ubat sempat dia tersengguk tido lagik..ish..ish...
dia bg ubat sakit perut + antibiotik + pregnancy test + botol utk kencing...
aku pon redha jek la...

setel..tunggu turn nk collect ubat...
doktor pon kuar sambil tersenyum...
"saya mmg camni..tgh kol 1pm ngan maghrib mmg flat"
aku pon sengeh je la..xkan nk pukul plak doktor tu kan...
setel kitorang pon pulang dgn kata2 akhir "sahaja aku datang ke sini adalah utk kali pertama dan kali terakhir..."


tired doctor source mr. google

Monday, August 9, 2010

haaa...ini cerita nuffnang


xpernah2 aku nk bukak story uncle nuffnang ni kan...
nuffnang tu jantina apa heh..sesedap jek panggil uncle kan...
org dok melantun2 cite nuffnang diorang...aku malu nk cite..
tambah blog aku ni xder cite sensasi pon..hehe...
cite2 aku je la kan...:p


tp..sepanjang aku dok berblogging dan syok sendiri nih...
aku xpenah tgk kt akaun nuffnang aku ada Buffered Earnings or Metered Earnings

yang selalu dok ada pon pasal

Campaigns jek....huhuhu


tetiba ari ni ada plak...
apa mende tu weh???aku xtau la...huhuhu

k da...selamat hari senin....

new method



lama xcite pasal pump..hehehe...
haaa....korang pernah x terjadi nk pump susu tapi tetiba gajet xlengkap...
yer la...jumaat lepas aku nk pump susu...
tgk2 akunyer medela fs tu kt umah...tinggal moto dia jek kt opis ni...
ada plak aku standby pump avent...
tp botol plak xder...adeh la...
ke hulu ke hilir aku carik ibu2 yg kot2 bawak botol spare...
hasilnyer xberjumpa jugak...
last2 aku pon pump ngan tadah kole jek la..muahahhaa

see....ini adalah kaedah baru...hehehe...
aku xpandai manual...mungkin xcukup sabar kot...:p

urmm...mungkin ni adalah utk kali terakhir aku pump susu kt opis nih...
tunggu la utk 2nd baby plak leh on balik...huhu..InsyaAllah....


Saturday, August 7, 2010

paan juara keynote


mlm td punya la xtau nk tgk cite apa kat tv...
dok kaleh sana...kaleh sini...last2 tgk la kemuncak keynote nih...
rupenyer final dah lepas...hehehe
aku mmg xpenah layan keynote nih...maklum la xder jiwa seni...:p
time dia umumkan pengumuman tu rasa cam alahai...cam xbest jek keynote nih...
huhu...punya la susah2 org usaha wat program sng2 ko kata xbest kan...sesuka hati jek...
bla...bla....bla...juaranyer ialah paan....
tp time paan nyanyi tuh mmg rasa cam lagu dia sempoi jek...santai...hehhe...best3...layan jek aku dgr...hehhehe
cam lagu yuna pon ada kata tok laki aku...hehe

source pic here

sikit info dari mStar Online:

PETALING JAYA: Peserta Mohd Farhan Izharruddin (Faan) menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara pertama rancangan Keynote yang diadakan malam Rabu.

Lagu ciptaannya, Suntuk yang dinyanyikan Hattan serta lirik oleh Abie Abdullah diumumkan sebagai lagu terbaik pada konsert tersebut.

Sebagai juara, Faan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi, tiket dan pakej percutian ke Koh Samui Thailand tajaan Firefly dan Impiana Hotel Resort & SPA, dan gitar akustik jenama Fender dari Bentley Music.

Friday, August 6, 2010

Berbekal adalah lebih baik



sejak ada mak baru dlm opis nih yg rajin bawak bekal...
aku pon nk join sekaki...
selalu aku bekal kan en.suami jek p opis tu...
tp skang mesti ada utk aku jugak...
kalo sikit lauk main cubit2 jek la bg dia...hehehe
kekadang aku xmasak...mmg pow makanan 'mak' la jawabnyer...muahaha...


tgk la anak2 burung kelaparan tuh...berebut2 nk makan...padahal kt depan atas meja tu dah ada makanan..haisshhh...


memula nk wat en3 jumaat is pinky day...todayyy...
kerana sume org pakai pink kecuali 'mak'...hehe
tp xper..kuserahkan perkara tersebut kepada mira damira....daaa....
selamat bercuti semua....



Dengki sungguh....



tajuk cam busuk jek ati kan...
manusia mmg suka busuk ati...tp ada yg baik....ati suci murni..sungguh ker??

bab dengki ni haa...
smlm teman ikram p amik baju kt dobi...baju blazer keras2 tu mana leh masuk mesin...nk kene belasah???huhu

then tetiba teringat kedai tudung kt seksyen 9 tuh..anggerik...
kalo dah pompuan tu pale igt nk membeli jek kan...

sebelum kuar kete sungguh2 bg ayat kt ikram..
"ala...nk usha jek..nk tgk jek...bukan nk beli pon...sungguh nih...:p"

bila dah masuk sengeh2 cam kerang busuk tgk en.ikram...huhu
nama pon sengeh2 kerang busuk...
maka ikram pon bg green lite...
"kalo nk amik la...xper...abg bayo..."

yippi...yippi...sungguh ke nih...apa laga...belek membelek la aku ni ha...haha
cakap xserupa bikin kan...:p

dan aku telah tertarik tudung yg dipakai oleh en.patung...
nape la patung pakai nmpk cantik eh???
aku xpaham la...
tp bila aku pakai...urrmmmm....leh la...cantik la jugak..hahaha
cam ari tuh kt jakel...gara2 terpikat tgk patung pakai kain tu aku telah terbeli kain tersebut...haiisshh...

moral: jgn tgk kain pada patung...hehe...
ni pengaruh rakan sebaya la dulu nih...
asal patung pakai dia nk jugak...hahaha...


dan hasilnyer aku telah pow 2 helai tudung yg boleh main campak2 dlm mesin basuh...

v
v
v
v
v
v

pepagi td soh en.ikram amikkan gambo..hehe...
dia soh muncung2 amik gambo cam org bese dok wat tuh..xreti la aku haih...


Thursday, August 5, 2010

Jika kau Tak Datang




Jika kau tak datang
Jika kau ingkari
Aku sesali sesali
Jika kau tak datang
Jika kau ingkari
Aku kan mencari lagi
Cinta lain
Yang mengerti aku
Sungguh Pasti



tetiba terngiang2 lagu siti ngan kris dayanti nih...huhu
nape ntah...
nk wat keje sekolah ni ha...tp kepala otak dok pk lain...
bila la nk siap keje sekolah aku nih....



Memang banyak beza....


alangkah baiknyer kehidupan sekarang kan...
bila nk bezakan hidup dulu ngan skang mmg sgt berbeza...
yer la..dulu aku budak2...skang dah jadi mak budak...isk..isk...

dulu kalo panas tgh malam gaduh2 soh mak kipaskan ngan tudung periuk...haha
skang kalo anak panas..wa bukak aircond jek la...sng keje ibu skang kan...

dulu bila makan kene kongsi2...sekor ikan kene cubit sorang sikit mkn ngan kicap...aku suka tambah myk ikan or garam...mmg dah sedap abes dah time tu...huhuhu
skang ni...aku bg anak aku mkn ayam pon, dia leh main baling2..haiissshhh...

dulu bila nk main turun tanah main sodok2...dok bawah umah (umah felda yg lama tu kan) carik undur2 (sejenis binatang rupe cam kutu yg 10x ganda besar dari kutu..hehe...leh imagine x?)
skang ni bersepah mainan kt umah mak pak belikan utk main...

dulu aku guna lampu myk tanah jek...pastu bila masuk cable letrik guna mesin generator jek...kongsi2 ngan jiran sebelah menyebelah...
skang ni main petik suiz jek...hehehe

dulu xsemua ada tv...aku pon penah tumpang tgk tv kt umah org...
tp la nih sume org ada tv...bukan 1...2 - 3 lagik...canggih...

dulu nk makan ikan sedap kene mancing sendiri kt kolam belakang umah...
skang ni leh pancing kt pasar...macam2 ada....hehe

dulu kene p sekolah jalan kaki...main kejar2 ngan kakak sbb kakak suka tinggal aku...dia kata aku lembab...huhu...even time tu kecoh pasal india sabit kepala...
skang ni mana ada budak p sekolah jalan kaki kan...bahaya kalo jalan sensorang...

dulu first time aku masuk 'U' dpt kos sains komputer...lecturer tanya mana mouse pon aku ternganga xtau yg mana...tambah cikgu tu cakap omputih...ternganga aku nk paham...
skang ni bukan kata mouse..aku kene ngadap coding ari2...huhu

tp mmg byk beza dulu ngan skang...
syg sgt ngan mak abah yg besarkan aku dan adik beradik yg lain walaupun susah...
waaa....rindu nk balik kampung....sob...sob...


Wednesday, August 4, 2010

Rasa bersalah



Kisah 1:

urmmm...korang penah x gaduh ngan pak gurd...
xkira la time belajar dulu ker...time dah keje ker...time skang ker...
ni aku nk cite kisah aku ngan pak gad...
maklum la...umah aku mmg ada pak gad...yg ensem2..yg kacak2...yg urat senyum dah putus...
tp ada sorang jek pak gak yg dah agak nk pencen...tp urat senyum dia menten lagik...
ari2 bg aku senyuman paling menawan...aauuwwww....

al-kisah suatu ptg aku nk kuar dari umah...
ditutupnya jalan dgn kon tirus kaler oren gebu2 tuh...
aku berenti depan kon tersebut sambil diperhatikan oleh 3 org pak gad...
sorang baju biru muda (anak buah kot)...2 org lg baju biru tua (mungkin mandor dia)
sambil lepak2 kangkung tgk aku...
bila tgk diorang lepak kangkong...aku pon dgn slumber kuar dari kete p alih kon tersebut...
terus pak gad baju biru muda td tuh bangun nk angkat kon jugak...

pak gad: eh..saya nk angkat kon la nih...
aku: xper....xperrr.....
pak gad: errr....yer la...selalu nmpk kete ni kuar masuk kan....(cuba beramah mesra)
aku: yerrrr..... (nada malas nk layan...huhu)

padahal selalu jek dia nk tahan kete aku...tp aku slumber blah xmo benti..hehe...
asik2 tanya nk p mana...
sekali 2 xper la...selalu sgt tny..malas aku nk layan...dah la aku ngah kejar waktu semayang nk abes...haisshhh

aku nk tanya korang...salah ke aku layan pak gad sebegitu rupa???

lepas pada accident tuh..terus pak gad tu kenal kete n muka aku yg chumell ni ha...muahahha



Kisah 2:

lepas aku gaduh2 manja ngan pak gad tuh...aku bawak mak ngan kakak aku p jakel...
kakak aku baru sampai dari kampung...
nk tgk la jakel yg gah tu kan....huhu
pusing2 sambil ditemani bidadari berbaju maroon jakel tu ha...
dah setel beli utk mak ngan kakak...
nk bayar dah nih...dah bayar pon...aku ternmpk 1 kain kt patung tuh...
wahhh...terpikat kejap tgk kain tuh...
aku p la belek2 kain tuh...
bila ko dah pegang kain dia...of kos la ada bidadari tunggu ko kt sebelah sambil memberikan idea2 bernas..hehehe

aku: bape rm ni kak?
bidadari: harga dia rm198...saya bg adik rm150 je la pasal adik dah beli byk kan...
aku: urmm..mahal la kak...lari budget nih...
bidadari: ala...mana ada mahal dik...kain ni cantik...xyah lining...xyah iron...sng nk jaga...
aku:tp kalo mahal sgt cane nk beli...(aku jarang byk kerenah camnih..hehe)


setelah aku beramah mesra ngan akak bidadari tuh sepuasnya...dan akak bidadari tu ternampk kelibat seseorang...

bidadari: haaa....jap yer dik...

xlama dia bawak mamat pakistan yg tinggi lampai sambil pegang2 kain td dan bincang2...
mamat tu pon panggil aku...mamat itu adalah manager dia...huhu


mamat: saya bg rm130 la...leh yer (sambil bisik2...takut org dgr la kot)
aku: ish...xleh la...budget saya rm100 jek (cane leh kuar 100 tu pon aku xtau...padahal mana ada aku budget nk beli kain lagi...dah bersepah kain kt umah tuh...huhu...dasar perempuan kan...)
mamat: rm120...
aku: xmo la...
mamat: rm110 last...potong nih...(memberi arahan kepada bidadari dan sambil melepaskan kain tu dan beredar...)
aku: erkk...(agak tercengang)
bidadari: ok la yer dik...rm110 ok la tuh...
aku: yer la..potong la kak (diorang dak bertekak2 tu xkan aku xmo plak kan...aku xsampai ati..hehe)

nasib ada duit spare dlm purse...lepas bayar bagai...kitorang belah dari situ...
otw nk kuar jakel tu pon sempat bidadari2 lain nk pancing2 kitorang...haiissshhh


mula la sepanjang malam aku rasa bersalah dgn apa yg berlaku...
dah la wat kerek ngan pak gad...pastu beli kain yg gedabak mahal plak..huhuhu
dan nasib la en.ikram sporting..muahahaha...


Tuesday, August 3, 2010

gambar mereka...



seperti yg dijanjikan...

Corak 2 line - RM30


Batik Batu 1 line - RM28


Thai Silk Corak - RM25

Thai Silk Kosong - RM28


Lycra Batu (Hitam) - RM28


*
*
*
*
*


alamak...3 entiti ni xder plak gambar mereka...
nnti berkesempatan aku snap yer...

Kosong Size M - RM21

Tudung Labuh - RM35

Selendang - RM13


Monday, August 2, 2010

Sape nak tudung???

haa...ni en3 ada unsur2 biz sket...
ni nk citer pasal tudung...bukan tudung saji...bukan tudung botol...
ni tudung kepala org...hehe
sape xpakai tudung...leh la war2 kan kt org yg pakai tudung...


xkenal maka xchenta...dah kenal leh la petik2...
tp aku pon xbape nk kenal sgt jenis2 tudung nih...
harap org kelas2 la baru aku tau beza...hehehe

Thai Silk Kosong - RM28

Batik Batu 1 line - RM28

Corak 2 line - RM30

Kosong Size M - RM21

Tudung Labuh - RM35

Lycra Batu (Hitam) - RM28

Thai Silk Corak - RM25

Selendang - RM13

sape2 nk petik leh email kt maz565788@yahoo.com

sape2 yg ada kawasan sekitar wilayah dan kawasan2 yg sama waktu aku ni ha...teringin nk tgk...roger2 je la..
ym leh...skype leh...google talk leh...email pon leh....

gambar tudung2 tersebut akan ku upload di kemudian hari...

sekian berita pagi ini...hehe


Sunday, August 1, 2010

Doa Si Suami


sedang2 berjalan2 mencarik tempat makan...
dan dapat makan jugak...
dialog diubah mengikut kesesuaian umum...


isteri: abg tgk tomboy tuh...cute kan....
suami:ye ker...mana?
isteri:tu ha...cute x?
suami: Ya Allah...kau lindungi la isteri ku dari segala kerosakan akhlak dan hubungan songsang ini..aminnnnn...
isteri: org cakap cute je la...bukan suka...haisshhhh....
suami: salah ke doa abg tuh???
isteri: betui3...tenkiu...hehehe