Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar:
- Nipplet
Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi. - Urutan
Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet. - Pam Payudara
Wanita juga boleh menggunakan pam payu dara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu. - Breast shell
Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payu dara dan membentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli anda seawal trimester ketiga untuk beberapa jam dalam sehari. Sekiranya anda selesa, anda boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya. Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi. Namun, jangan sesekali memakainya di waktu malam. - Teknik Hoffman
Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukan
regangan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi, puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari. - Nipple shield
Teknik ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan nipple shield sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda.
Saya nak tanya, ada tak dikalangan ummi budimana semua yng mengalami puting tenggelam dan berjaya mengeluarkan nya serta menyebabkan baby senang dan suka minum puting yg tenggelam tu?
Ada sebarang tip utk keluarkan puting kita yg tenggelam. Sebab anak saya dah dua tapi stil menyusu sebelah...cam tak kenyang n tak cukup ajer..ada sebeblah tak berfungsi kerna puting...aduhaii..
Pohon panduan dan tips daripada semua ummi yg berpengalaman...terima kasih
Saya ada pengalaman nipple tenggelam, but in the right side. Masa mula2 dulu, sakit sangat sbb membengkak, then rasa takut sebab baby tak nak hisap, mungkin sebab susu tak keluar.
Apa yang saya amalkan, saya tetap bf baby, cari sampai dapat kedudukan mulut baby yang boleh mengeluarkan susu bila dia hisap.
Then, at the end...dalam masa seminggu, nipple tu tak tenggelam lagi.. Maybe sebab baby hisap selalu..
Try...and best of luck..
Saya pun ada masalah nipple inverted belah kanan, the first week, i paksa bagi jugak baby hisap, i picit2 sampai susu skluar. Tapi baby selalu susah nak latch-on, sampai blister2 la that right nipple. After 1 month dah OK. Now sebab selalu pump, the right nipple tak inverted lagi, susu pun byk. But now baby plak tak nak hisap direct!
Saya dulu pun ada same problem ...But bila baby selalu hisap puting tu muncul jua akhirnya.Teruskan bagi baby hisap walaupun puting tenggelam.Insya Allah nanti OKlah tu.
saya dulu pun punting tenggelam gak belah kiri.....masa tu lom bersalin lagi...puas dah dok picit/tarik2 masa mandi....tak mau terbentuk gak...
but one day saya ada terbaca bhgn kesihat kat harian metro (kalau tak silap saya ler) pasal puting teggelam tuk bf baby...Dr. tu ckp yg penting
1. mental kena set kita boleh bf baby
2. puting tu as 'anchor' tuk baby kita nenen...yg penting aerola kita tu...
3. so, masa kita bf baby tu kita kena make sure aerola kita
tuk terletak dlm mulut baby...insyaallah boleh
so, after bersalin saya practikkan cara nie...alhamdulillah menjadi....tapi ada kebenaran post mummies kat sini...pump tu membantu terbentuknyer nipple....
semoga mamaezzaty and all mommies here bole bf baby dgn jayanyer insyaalah..