Tuesday, August 31, 2010

selamat hari merdeka

Selamat hari merdeka yg ke-53 utk sume...
Aku still kt kg lg la ni...
Smbil2 ngah nyusukan dania..hehe
Ni saje nk try update blog via mobile...
Of kkos la aku xupload gmbr kan...
Lani ngah tunggu turn nk bersiap2 nk balik ke shah alam...
Owh..ari ni aku duty kolej, tp jap lg bru nk blik..harap2 xde pape hal kt sana...

Lgpon hp aku bru upgrde smlm...xleh nk guna dlm masa 3
ari...
So...nk p siap dh ni...da di du...

Friday, August 27, 2010

SEDEKAH YG PAHALANYA TERUS MENGALIR


SEDEKAH YG PAHALANYA TERUS MENGALIR

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo ' akannya " (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal :

SADAQAH JARIAH –
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
1. Berikan Al-Quran pada seseorang , setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.

2. Ajarkan seseorang sebuah do ' a . Pada setiap bacaan do ' a itu, anda mendapatkan kebaikan.
Teach someone to recite a dua.. With each recitation, you will gain hasanaat.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan. Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.

4. Tanam sebuah pohon . Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam
Place a water cooler in a public place.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
Share constructive reading material with someone.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid
Participate in the building of a mosque.

8. Edarkan CD Quran atau Do ' a .
Share a dua or Quran CD.

9. Bantulah pendidikan seorang anak .
Help in educating a child.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.


Thursday, August 26, 2010

Galak wanita bekerja separa masa



BANGI: Datuk Seri Najib Razak meminta majikan sektor awam dan swasta memberi keutamaan terhadap tawaran kerja separa masa walaupun untuk tempoh singkat bagi menggalakkan lebih ramai wanita menceburi pasaran pekerjaan.

Perdana Menteri berkata, waktu kerja longgar dan bekerja dari rumah adalah antara pilihan kepada majikan untuk menggalakkan wanita menyumbang pengetahuan serta kepakaran dalam bidang yang diperlukan.

"Jika seseorang wanita itu boleh bekerja empat jam sehari, majikan perlu mewujudkan sistem untuk membolehkan mereka bekerja untuk tempoh berkenaan.

"Contohnya pada waktu puncak seperti waktu tengah hari, tenaga kerja wanita yang tetap boleh berehat atau makan, manakala tempat mereka diambil alih pekerja wanita yang bekerja secara 'flexi hours'," katanya ketika merasmikan Hari Wanita Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.



***********************************


agak menarik bunyinyer kn....
wahaha...aku sedang membayangkan aku bekerja dari umah...
urmm...mungkin time ni aku dah terlentok depan pc sambil ditemani bantal golek...erkk...:p


Wednesday, August 25, 2010

"Duit raya" RM500 untuk kakitangan awam, pesara

2010/08/25

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.

Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA

******************************************************

pendek jek beritanyer...cam xcaye kan..huhuhu

Syurgamu Ramadhan


hehe..tetiba teringat aku layan tibi semalam sampai nangis2...
si dania tu pon pelik tgk ibu nape nangis...
ayah selamat tido sbb kesakitan keperutan keciritan..huhu
aku xlayan sgt tibi memalam skang ni pasai selalu penat jek..n tido awal kan..
tetiba smlm xleh tido pasai dok layan dak kecik tuh...
jap nk nasi la..jap nk air la..nk biskut la...sejak dah pandai minta2 nih...asik dera ibu jek..huhu
mlm td cite ni mengisahkan mak pak dia (marlia n asben) terbunuh di jalan raya...
sedih giler aku rasa...
sampai ikram tegur...jgn la sedey...hehehe...lawak kan...
ni ada aku curik sinopsis cite kt blog mana ntah td..dah tertutup plak...sowiii...:p



Sinopsis Syurgamu Ramadhan

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya.Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya…Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia.

Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun…

Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?
SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam.

Syurgamu Ramadhan yang akan disiarkan di TV3, bermula Ogos 10, 2010. Setiap Selasa-Khamis, jam 10 malam.

Pelakon Syurgamu Ramadhan
Elly Suriati, Eira Syazira, Ungku Ismail Aziz, Zarina Zainordin, Aripah Damanhuri, Shahar Yac’cob, Nurul Elfira Loy, Noryati Taib dan Azma Aizal Yusoof