Tuesday, August 11, 2015

Jom Celik Emas

baru berjinak2 pasal emas...
dulu tak pernah amik port pon..

ada jek dalam kepala  ni...duit xder la...takut kena zakat la...takut kena curi la...
itu ini..memang macam2 yang menghalang untuk buat saving emas ni..

tapi sejak 2 menjak ni dah bertukar fikiran..
pada awalnya nak buat tabungan untuk anak2 jek..
duit diorang dalam bank tu dari tak berusik baik aku beli emas..
simpan...
nanti lagi 10 tahun diorang dah besar masa tu emas dah harga tinggi kan..
boleh la jugak pegi lebur
diorang nk belajar ke...nak kahwin ke..
aku dulu kahwin pon sakit siap buat loan...sila jgn amik langkah ni...
sampai beranak pinak pon korang tak habis byr loan...

jadinya join powetgold buat saving 
dan
dah terbiasa bisnes...aku kembangkan network..
bukan apa...tiap kali aku buat belian aku dapat bonus..
tiap kali aku dapat kembangkn network aku dapat super duper bonus..
sonok kan...
nuffnang pon dah lama tak bagi bonus..haha ( dah ko pon lama tak update blog :P )

jom la layan kepingan2 logam yang kena zakat ni..hihi
jangan la uols takut nak berzakat...










Go figthing!!!... misi banteras hutang.... misi kumpul emas!! 

Jom berjuang utk jadi pembayar zakat. Zakat emas, zakat niaga 

InsyaAllah moga dipermudahkan. ✅

Monday, June 22, 2015

Dia suami saya

dia suami saya..ahaks...
godek2 terjumpa gambar ni..
daaaaaa...babai...

Thursday, June 18, 2015

Fruity Shake Supplement by MYLuna


5 jam jek stock #FruityShakeSupplementbyMYLuna dah sold out
MYLuna uol...

Cara mudah untuk kekal sihat dan cantik ialah dengan mengamalkan : #FruityShakeSupplementbyMYLuna sehari 1 atau 2 kali & banyakkan pengambilan air putih

Cara solat tarawih bersendirian dirumah

Cara solat tarawih bersendirian dirumah

pic sumber : google

Bijaksananya Allah swt.. wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..
Selain menghindar diri dari fitnah,  wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, meh tengok caranya..

Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah
Niatnya  :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu.  
Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA:
Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. 
Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :
Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Semoga bermanfaat