Tuesday, June 19, 2012

Anak nakal tanda cerdik???

Bentuk perlakuan anak
Membuat peraturan di rumah. Peraturan ini perlu dipatuhi semua orang, termasuk ibu bapa. Peraturan ini boleh dibuat dalam bentuk tulisan atau lukisan untuk digantung pada tempat tertentu dalam rumah. Contohnya lukisan memasukkan baju kotor ke dalam bakul.

Buat carta kelakuan untuk setiap anak. Beri markah atau bintang jika dia berkelakuan baik seperti mengemas bilik tidur atau alat permainannya. Pada hujung minggu, jumlahkan bintang yang diperolehnya dan beri hadiah sesuai.

Jika anda marah, kira sampai 20 dan tarik nafas panjang-panjang atau jauhkan diri daripada anak selama lima minit untuk meredakan kemarahan.
Elakkan menengking anak kerana ia juga termasuk dalam perlakuan agresif dan boleh menyebabkan perasaan anak tersinggung. Anak akan belajar bahawa dia juga boleh menengking orang lain (termasuk ibu bapanya) apabila marah.
Jika anak melakukan kesalahan, beritahu kesalahannya dan cara betul supaya kesalahan sama tidak diulang.

Jangan sekali-kali memukul anak dalam keadaan marah. Ketika marah, kita mempunyai tenaga kuat dan pukulan anda mungkin melukakan si kecil. Memukul anak ketika marah secara tidak langsung memberitahu, mereka juga boleh melakukan perkara sama kepada kawan apabila marah.

Beri masa untuk anak berubah. Jangan harapkan anak berubah sekelip mata. Jika anak nakal, keluarkan dia daripada aktiviti keluarga untuk tempoh tertentu. Kaedah ini boleh dilakukan bagi kanak-kanak berumur antara empat hingga sembilan tahun. Bagi kanak-kanak lebih besar (10 tahun ke atas) mereka boleh dibawa berbincang.
copy from forum here http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-228226.html

***terkadang selalu terlepas ckp pd anak bila marah..kata anak degil la,xnk dgr ckp la...kata ibu bapa adalah doa...peringatan buat diri sendiri jugak...anak2 sdg membesar mmg byk kerenah... tanda mereka perlukn perhatian kita kan... yg pntg kita yg kn selalu perhati/awasi diorang ni... agaknyer dulu2 mak pak kite pening kn nk besarkn kite ngan karenah mcm2...8 org, 8 ragam...huhuhu
apa yer cara ibu bapa lain??

10 budak comey:

eMMe said...

eT... info yg berguna, utk saya bakal punya anak anak..InsyaAllah...

Unknown said...

thank kak et..sy ni pon cepat hot jgak kalo anak2 degil dan suka nangis2..huhu..tips berguna..;)

Unknown said...

betul3..kadang2 terlepas gak..syaitan bertepuk suka hati..adeh..maafkan dosa hambamu ini ya Allah

Nini D.. said...

nice sharing.. :)

|| NaFiRaa || said...

selalu jugak terlepas cakap.. huhuhu :(

Unknown said...

itu la. bukan senang mahu membesar kan tiap2 anak

Zainab Norazman said...

like...hihi mcm kat fb plak...
Cabaran sungguh dlm membesarkn anak kn... Tapi pegang ia sebagai amanah...
Besar dah dania awak ek... <3

miloaiskurangmanis said...

thanks eT...
tu lah kan - kekadang as a parents ni - time tengah marah tu - tak hengat apa dah...
cakap ikuts edap mulut kekdahnya....

Myra Jay said...

Budak2 ni kadang nakkan perhatian je, tapi part terlepas cakap tu memang kadang tak leh control..

Peringatan untuk semua :)

Anonymous said...

Abg saya nakal mase kecik2 tp skrang dh berjaya.. Dh jadi engineer dah..alhamdullilah