Wednesday, September 29, 2010

CHINTA


salam all....
hehehe...cite aku layan mesti aku nk tempek kt blog nih...:p
mn la tau korang pon layan...
leh share feel sesama kan...
episod ari ni ngan semalam ngan kelmarin mmg geram jek tgk kn...
xguna btol diorang tuh...
pas sorang...sorang jd manusia keji....


slot akasia - chinta (6.30pm)

Drama Chinta mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. BukaMeskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.n itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran. Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.
Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal. Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

10 budak comey:

izan_cute said...

Dan ape yang ko tengok tu memang aku tengok jugak hihi... ko yang jadual full pun layan citer mcm2 nie plak aku yg memang dok rumah hehehe..layannn!~

eT said...

haha...time ptg kol 630 tu mmg elok2 aku sampai umah dari balik keje n amik anak...xkn terus nk kerah tenaga wat keje umah plak kn...harus la layan tv dulu....hehehe

Mrs. Asida said...

hehe eloklah rehat2 dulu. aku lak layan citer ni, aku duk syok tengok Cinta Kirana. Malas nak tukor2 channel ni. :)

mamalieyna said...

baru semalam berkesempatan tengok...mmg sakit hati rasa..hissh...menarik untuk diikuti episod seterusnya! ^_^

eT said...

asid:
cinta kirana cite indon kan?
aku jarang follow cite indon nih..huhu

mamalieyna:
haaa...sakit hati je kan...sian chinta tuh...

mummy-aulia' said...

x suke fasha sanda la..& tak suke jugak jln crite camni..nnt nak wat entry gak la pasal citer ni..heheee..kritikan drpd bkn profesional

eT said...

hehe...kritik2...jgn xkritik...

miezaniera said...

ye la jalan cerita dia mcm tk bape sesuai dgn agama Islam...mcmana kalo org bukan Islam tgk cite nih..menjatuhkan maruah org Islam jer..tp layan juge sbb dh tkde cite lain nk tgk.bese la tu kan...

eT said...

ala...layan je la...geram tgk tu xleh nk kata la...

eT said...

yg teruknyer boipren dia tu dah mengucap igt tuhan...pastu terus naik minyak rogol gk girlfren dia tuh...kurang ajar btol...