Wednesday, September 1, 2010

"Muhammad"...


Aku copy cite ni dari SINI...

Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad ( mudah-mudahan menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
"Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar,
lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak untuk masuk syurga?

Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklahkedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka."

Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw."

Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman : "Saksikanlah bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama Muhammad"

Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata : "Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua kali ganda."

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."


11 budak comey:

@e_da said...

kalau ada sambungan belakang muhammad tu boleh ke ek.. atau muhammad sahaja.. kalau perempuan lak? heheh sorry banyak tanya et

eT said...

xsalah kan nk sambung..asalkan maksudnyer baik...
xder plak cite utk pompuan..hikhik...
nnti kalo ada eT share k...

mrsboan said...

good info...dah ramai orang agak melupakan benda ni...pernah dengar kalo lelaki Ahmad @ Muhammad...dan perempuan pulak Siti@Nur...

eT said...

pompuan Siti/Nur yer...kebetulan anak eT pon mula ngan nama Nur...hehe

Ena said...

pernah juga baca ni.. tapi masa tu memg dah ada baby.. som next baby la nampaknya.. InsyaAllah..

miezaniera said...

Good Info..ne tggu next baby juge hehehe

eT said...

ena/bai:
mudah2an untuk next baby la heh...

miezaniera said...

hehe Insyaallah...

Iman's Umi said...

Sedih juga, penah jumpa seseorg yg namanya Muhammad tp perangai sgt teruk, asyik menyusah dan menyakitkan hati ibunya je. Bl bc info ni, jd terfikir plak, mungkin 1 day dia akn berubah jd baik...x tau la.

Atia Adina said...

hmmm...info ni betul2 sahih ke auntie?

eT said...

bai:
InsyaAllah...

iman's umi:
doakan la utk dia...

ad:
yg penting niat kite namakan anak dgn nama baik2...
pape pun Muhammad adalah nama nabi kite..Rasul kite...