Wednesday, June 8, 2011

Lawak plak surat pasal cite NORA ELENA nih..



td usha deskboard tgk blog2 yg berupdate..
Tersinggah 1 blog ni letak surat tak puas ati pasal cite nora elena nih..
Gelak guling2 sorang2 dlm bilik..dah ammar tido kan..

http://laylaluckystars.blogspot.com/2011/06/syrat-utk-tv3-about-nora-elena.html


Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya
TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena
Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.


i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?


ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!


iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.


iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess


v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha


vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..


vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati
"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan


3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana
Sekian,


"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"
( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya


TUNGKU MODEN / BANTAL PANAS || SET TILAM SEJUK || MANDIAN HERBA / MANDIAN AURA || TUNGKU BAYI || SET BERSALIN SALINDAH || BUGSLOCK - PENGHALAU NYAMUK


Published with Blogger-droid v1.6.9

13 budak comey:

eT said...

Alamak..sekali kepala,badan,kaki surat sume center..belasah la labu..heehe

lydzar said...

heheh mmg lawak surat ni..dan mmg realiti la apa isi surat tu :P

~izan~ said...

masa ko bg link kat YM td aku ingat aku menang ape2 hahahaha

aku dah baca dan mmg lawak gak tapi diorang ni nak giler,giler je la kat watak tp jgn la bwk smpai kehidupan realiti hehe...

mcm kita kan,giler kat watak tp tak mengharap pun mcm tu sbb kita suka watak aje dlm citer hehe..

wah gitu,penat mak taip tau!

mamalieyna said...

hahahhaa......gelak guling3x...

setuju3x...hahahahha....

miezaniera said...

hahahaha mmg lawak tapi itulah hakikatnya..sampaikan amin siap warning tk bg tgk dah nora elena kalo jeling2 dia lagi time tgk cite tuh...huhuhu tp smlm tk dpt tgk full sbb berlari2 ke dapur sambil masak...seb baik tk hangus ikan kekeke

iera said...

hahahhaa...lawak2...betul gak die cakap tu..mane ade org seromantik tu..wahahahhaa...tipu semata-mata..

Yan said...

normal la cite melayu klu nak tunjuk aksi romantis mesti dukung2 punye.. (rosyam nor pn dukung nasha aziz yg tinggi lampai tu dlm laila isabella-giler kuat)cume mgkin penangan drama ni yg lain skit kot...

army4war said...

hahaha... pendek kata mental kene kuat la ek kalau nk tgok citer ni??? kakakakakaak... ntah pape... org yg romantik mcm tu ada kot.. tp 1 dalam 10juta agaknya.. kakakakakakaka

eima said...

hahaha waktu memula baca mmg kau dah gelak gulen2 dah pun ....tak pasal cik geli glemer siap dpt adiah mesteri tu..huhu

miloais said...

memang lawak banget surat tu
iols gelak tak hengat masa memula baca kat blog owner tu!
hahahahah

mamasue said...

kelakar...mmg tak ada lah lelaki mcm seth tan tu...

Sarah Syazwani said...

haha..br gak bc semalam..mmg lawakla kakak ni

AnneRaini said...

hahahaha...lawok lawok..