2 Alam bermula dengan kisah Haji Ishak (Aaron Aziz) menguruskan jenazah rakan baiknya sendiri yang bertukar jantina daripada lelaki kepada perempuan. Tiga lagi sekuel filem itu turut memberi fokus utama kepada watak Haji Ishak yang menjadi tunggak utama dalam keempat-empat filem itu.
Jelas Imran, 2 Alam bermula dengan perjalanan hidup Adam dan Ishak di mana mereka bersahabat baik sejak kecil. Meningkat dewasa, keluarga Ishak menghantarnya belajar di Mesir dan sekembalinya dia ke tanah air menjadi ustaz dan guru agama di kampungnya. Manakala Adam pula dihantar belajar di United Kingdom dan terpengaruh dengan kehidupan sosial di sana.
Daripada seorang yang dilahirkan sebagai lelaki dia menukar jantina menjadi wanita jelita bernama Amy. Menariknya kedua-dua watak Adam dan Amy itu ditangani pelakon baru dari Singapura, Suhaillah Salam. Selepas 'menjadi' Amy, dia berkahwin dengan lelaki mat salih dan menjalani hidup kebaratan.
Selepas berpisah dengan 'suami' mat salihnya itu, Amy pulang ke tanah air menjadi penyanyi dan pelakon terkenal.
Dia berkenalan pula dengan seorang jejaka yang wataknya dipegang Royadi. Untuk mengetahui apa terjadi pada Amy seterusnya nantikan tayangan filem itu pada Mei ini.
Bagaimanapun apabila ditanya adakah perjalanan hidup Amy seperti Fatin Young yang menimbulkan kontroversi apabila dia 'berkahwin' dengan jejaka dari London, Imran menafikannya.
"Kisah dalam 2 Alam tiada kena mengena dengan sesiapa termasuk Fatin Young dan saya juga tidak begitu mengikuti cerita mengenai Fatin. Saya sudah buat kajian untuk menghidupkan jalan cerita filem ini selama lima tahun dan ketika itu belum pun wujud cerita Fatin.
"Saya menampilkan genre filem seperti ini untuk mewujudkan kesedaran kepada mereka yang sudah tersalah pilih jalan hidup. Elok kembali ke pangkal jalan sebelum Allah s.w.t menjemput kita kembali kepadanya.
"Selepas mati kita akan dihidupkan semula untuk diadili di Padang Mahsyar nanti. Jadi sebelum terlambat, segera bertaubat. Empat puluh peratus jalan ceritanya mengenai kehidupan Amy yang terlalu bebas dan selebihnya perjalanan jenazahnya ke tanah perkuburan.
"Di situlah bermula segala kisah sedih pilu dan tersingkap pelbagai misteri yang membuatkan orang kampung tertanya siapakah Adam atau Amy yang sebenarnya. Hanya ibunya yang tahu siapa anaknya itu," katanya.
Jelas Imran untuk mendatangkan impak yang menarik kepada filem itu, 2 Alam diarahkan dua sutradara, Hairie Othman dan Ed Zarith Z Lokman. Mereka juga menggunakan dua khidmat Pengarah Fotografi, Mohd Nor dan Khalid Zakaria.
"Pembikinan filem itu dibuat dalam dua blok sebelum dan selepas kematian Amy. Blok pertama diarahkan Hairie dengan kerjasama Mohd Nor. Manakala blok kedua arahan Ed Zarith dengan sentuhan fotografi Khalid.
"Pembukaan filem itu dipangung pada Mei ini akan dimulakan dengan Tayangan Malam Gala bekerjasama dengan Yayasan 1Malaysia, pada April ini," katanya.
5 budak comey:
macam best ja...hehe
waaa..kena tgk nih..jln citer nampak menarik
niza,siti:
tengok2...nnti dah tgk habaq mai yer..hehe
wah..btu taw..nnti nk tgk~
kalo berani tgk lerr..hehe
Post a Comment