Friday, May 21, 2010

tak habis2 diorang ni...


tak habis2 diorang nih..teruk betui...
xhormat langsung kat org lain...


Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika

SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.
Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.
Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.

Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan.

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.

Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP


8 budak comey:

army4war said...

org2 mcm tu patut dilaknat!! sapa yang join bende tu sure idup takkan tenteram..

mamaarifakeemaisy said...

Ya Allah mcm2 idea diorang nak jatuhkan Islam ye..Masyaallah!

Redbloodsnow said...

eeee laknatullah arrrr si penyangak islam tuh.puiii puiii

Unknown said...

mira,mamalieyna,red:
yer..betui3...haishhh....

Anonymous said...

malaysia bila lagi?

Unknown said...

hmm...no komen la...

aman said...

nmpaknya fans group menghina Rasulullah S.A.W ni makin bertmbah-tambah. hatini dah lebh daripada 100000.
geramnya tengok. bukan sekadar hina Rasulullah S.A.W malah terang2 hina ALlah.

http://www.facebook.com/pages/Everybody-Draw-Mohammed-Day/121369914543425?v=wall#!/pages/Everybody-Draw-Mohammed-Day/121369914543425

Unknown said...

ish...xsanggup nk bukak...