Sinopsis Syurgamu Ramadhan
Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…
Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya.Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya…Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia.
Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…
Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun…
Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.
Syurgamu Ramadhan yang akan disiarkan di TV3, bermula Ogos 10, 2010. Setiap Selasa-Khamis, jam 10 malam.
13 budak comey:
aku ada gak miss bopa kali tah...huhuu
oh,daku pun mengalir air mata tgk..huhu..sedih
aku tak pernah tgk....kul 10 aku tdo dah...hahahahah
niza:
aku baru 2x kot tgk cite nih..hehe
kak rai:
wah..ada geng nih...:p
ad:
aku pon tido..tp bese la....ngan dak kecik tuh ssh nk tido ngan aman...hehe
aku br tengok sekali yang part sebelum dia eksiden, dia jerit adik-adik, kebabom... x sangka meninggal plak.ingat ira sorang jer innalillah :p
salam ramadhan 15
tapi kan memang layan kan tengok cerita nie.. angah pun baru malam tadi tengok fuhh filling tue
huhuh..sedey citer nih~
citer nanes2.. tak de citer lawak ke hehehe
elis:
ko tau ke dia panggil sape elis?hehe
angah:
best kan...tgk time dia lari nk kawen tu ngan smlm jek...
usagi:
mmg sedey..tambah anak dia yg tengking ayah dia tuh...cian time dia call ayah dia nk mintak maap...huhu
mira:
nk tgk citer lawak ko langgan mastika la mira..hehehe
aku tak penah miss citer nie..kalau miss kul 1030pm aku tgk time sahur kul 430am...sedih,kesian,geram semua la..hehe...
wahh..ada penonton setia nih...hehe...aku perasan gk time sahur pon dia ada kn...
skip2 tgk cite ni..pastu tk paham lgsung tk tgk dah..lagipun slalu kol 10 dh tido hehehe sahur lak kol 5 barubgn..dh start cite Nur kasih...tp cam best pulak baca sinopsis et nih..
Post a Comment