Sunday, February 27, 2011

Sudah Tertulis Jodoh Syuib dan Siti Sarah


Alhamdulilah...merancang cane pon...dah tertulis jodoh untuk mereka...
mudah2an bahagia hinggan akhir hayat...amin....

Zizan, Raja Azura, Shira Hos ABPBH2010




Setelah menjalinkan hubungan cinta lebih setahun, akhirnya pasangan merpati dua sejoli penyanyi, Siti Sarah Raissuddin dan ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhammad atau Shuib selamat disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Malah dengan hanya sekali lafaz, Siti Sarah telah sah menjadi isteri kepada Shuib dalam majlis yang cukup sederhana yang berlangsung di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, sekitar jam 5.50 petang tadi.

Mempelai yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat serta ditata rias oleh Deq Sha ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Perseketuan, Mohd Nizar Mohd Nadzir.

Selain disaksikan oleh ramai tetamu dan media yang hadir, pernikahan mereka disaksikan oleh bapa Sarah sendiri iaitu Raissuddin Hamzah dan ibunya Nooriaini Mohamad yang merestui perkahiwinan satu-satunya puteri mereka.

Siti Sarah yang bersalaman dan menerima kucupan mesra di dahi juga telah menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Shuib bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang pada petang tadi.

Pihak perempuan yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM1000 dan lima dulang hantaran turut membalas juga lima dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Siti Sarah seperti kitab Al-Quran Telekong, barangan penjagaan diri dan wangian, tepak sireh dan kek perkahwinan dari Blooming Cake.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah seperti Al-Quran dan sejadah, barangan penjagaan diri dan wangian, sireh junjung, kek dari Blooming Cake dan sebentuk cincin. Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak keluarga kedua-dua belah pihak.

Ditemui portal murai.com.my selepas majlis akad nikah, Shuib yang lega selepas diijabkabulkan berkongsi bibit-bibit cintanya bersama Siti Sarah selama dia mengenali isterinya itu.


credit to murai

5 budak comey:

A.s.t.i.n.a said...

Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..

micky eyqa said...

semoga kekal lah dye ye :)

YUL said...

tuari siti sarah datang pasir gudang, check in kat hotel yul keje, tak sangka dapat bertemu depan2. hikhik. btw, semoga jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat

|| NaFiRaa || said...

kalo dh jodoh kan~ kejap jek kenal dh kawen~ moga kekal sampai akhir hayat..:)

ardinihumaira said...

comel naju dia :D