Friday, December 10, 2010

Buah Delima...


Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.


Delima Hilangkan Masalah Cacing

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

sumber: email, sini,

*********************************

ni plak kata org2 lama, ibu mengandung kalo nak anak cantik bak delima kene makan sebiji tu jgn share ngan org lain...ngeh2...

bukan apa...aku bukak topik buah delima ni pasal baru ni aku balik kampung kedah, tok aku bg buah delima...num3...

10 budak comey:

izan_cute said...

masa aku pregnantkan arissa,aku byk mkn buah ni..beli kt Giant. sedap kan..manis yg tak dapat nk gambarkan hehe

eMMe said...

Salam Kenal,
bagus ek buah delima nih..byk khasiatnya, rupe pun cantik...rasanya manis, isk...lama tak makan delima, dan2 terliur, hehehe....

mama_izz said...

sekarang baru tau khasian dia..masa pgnen dlu serius tak de kesedaran dari mana2 sumber...neway tq

eT said...

izan:
ahah..manis2...
tp mmg jenuh nk habeskan seketol buah tuh...halus2 plak tuh...:p

emme:
hehe...kalo terliur p la beli...
hantar kat sini sket...

mama_izz:
sama2...sharing is caring...:)

Iman's Umi said...

Banyaknya khasiat delima...dh la comel, merah je smpi ada perumpamaan bibir merah bak Delima Merekah...cantik sgt!

|| NaFiRaa || said...

nih petua dari adik ai.. masa dia peknen hari tu.. ade orang cakap ngan dia.. makan sebijik buah delima..jgn konsi ngan orang len.. untuk elak anak kena kuning.. alhamdulillah..anak dia x kena kuning pon lepas lahir..

Afiqah said...

kak et balik la kedah ag..hehe...buah delima ada..td br g umah tok..ada buah delima..

eT said...

iman's umi:
cantik kan...
merah bak delima...betui...

nafiraa:
ooo...bab makan buah delima elak kuning ni 1st time dgr...
nyway thanx 4 d info...:)

afiqah:
haaa...ni buah tok bg la nih...
ada lg sebijik kt umah...hehe

Zaidah said...

orang kata klu preggy mkn delima anak lahir nanti ade lesung pipi...comel aje...

eT said...

ye ker ada lesung pipit??
maybe dolu2 my mak mkn buah ni la kot kan...hehe