Saturday, January 29, 2011

Hukum Cabutan Bertuah or GA

skang ni kite tengok rata2 trend kt blog sume buat pasal cabutan bertuah ni kan...
paling x pon GA yg dianjurkan tuh...
aku pon terikut sama trend tuh...
samada buat or join...

ada terfikir x...boleh ke tidak terlibat ngan GA2 ni yer....

dan aku terbaca kat zaharuddin.net berkenaan HUKUM2 cabutan bertuah & peraduan, pertandingan Moden...

aku xnak copy sume la...
nk copy sket jek...kalo korang nak tau lebih lanjut leh p website zaharuddin.net

Disebutkan :-

إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء

Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran" (Al-Mughni, Ibn Qudamah )


Jenis Cabutan Yang Halal

Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan). Tiada sebarang pihak aakan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 )

Sebagai contoh :

a- Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Hukum : Ia adalah halal.

b- Cabutan di Majlis Makan Malam : Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu di bawah kerusi.

Hukum : Semuanya adalah halal dan tiada sebarang pihak menanggung kerugian.

c- Cabutan bertuah di pasaraya : Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih dari RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.

Hukum : Cabutan ini adalah halal dan tiada unsur perjudian kerana pelanggan tiada kerugian apa-apa dan semua wangnya bukan untuk menyertai pertadningan cabutan ini tetapi untuk membeli barangan, dan demikian juga pihak pasaraya. Pelanggan membeli barangan pada harga asal dan tiada sebarang yuran dikenakan.


pada fahaman aku..asalkan pertandingan tu tidak merugikan mana2 belah pihak...
dia masih dibolehkan...
kalau salah tolong betulkan yer...

9 budak comey:

Cempakamelati said...

Hmmmm GA dan cabutan bertuah ni sah hahal, alhamdulillah. Risau juga kalau haram sebab pernah gak join.

♥cikmOt♥ said...

hurmm...nak komen banyak pun akak pun baru tau sal ni...hurmm...

Gieyana said...

Thks for sharing..

ku buat GA mmg duit sendiri..peserta x yah susah2 bayar...tp kdg2 x semua yg tau psl benda nie kan..mmg bagus ar ko UP sini..:)

zaty luvlianncez said...

owh..wat terkejut ja td

huhu

atie @ ejay said...

hi Et,tinggal jejak kt sini
jgn lupa wat puding karamel
cian cik baby nak mkn tu

mummy_ayu said...

good info..tq for sharing, at least kita tahu apa yg kita buat nie tak salah..

Unknown said...

Alhamdulillah.. aku pun tahu pasal ni selepas bertanya Usta2 bertahun2 dulu. Masa kes petronas buat cabutan bertuah tuh.. berpuluh2 borang anto, huhu satu pun tak sangkut.. :(

Good info eT.. :)

noor said...

tq ET...nasib baik lucky draw yg nor buat halal hihihihi..

Unknown said...

tambahan.. tidak merugikan mana2 pihak atau ada rasa teraniaya oleh satu pihak..

cth macam.. buat cabutan bertuah.. tp sebenarnya dia dah cabut awal2 @ pilih awal2(pilihan hati). Tu psl.. ada syarat : cth: ahli2 keluarga penganjur tidak boleh menyertai.. :)