Monday, March 14, 2011

Musykil ke spa | offer by Milkadeal

bila tengok ramai yg wat review pasal spa RM36 offer by Milkadeal tuh...
aku pon rasa teruja jugak tau ngan pakej dia

A complete package of Jacuzzi spa, full body scrub, hot stone back massage and aromatherapy full body massage for a total of 90 minutes worth RM 168 for RM 36 only


nak2 redemption period: 16 March 2011 - 15 July 2011
pastu diorang extend plak date lain: 16 March 2011 - 15 September 2011 sbb sambutan ramai...
yer la kan...time tu aku baru jek abes pantang...
dan kalo dapat wat couple treatment pas pantang tu kan, xke best...ala2 romantik kan.. :)

tp timbul beberapa persoalan plak...
  1. Variety of essential oils and scrubs to choose from such as red wine, lavender, milk, rose and peppermint - ni siap ada pilihan wine plak...ke aku salah faham??
  2. Men must come accompanied by a lady partner - ni kompem therapies dia pompuan kan...so, nk biarkan diorang belai laki ai...owh no!!!
  3. yg ni paling aku musykil...
apa la yg musykil sangat no.3 tuh...huhu
therapies dia tu muslim ke idak...dgn ilmu yg cetek aku pernah dengar...aurat perempuan muslim dengan bukan muslim sama dengan aurat dengan lelaki ajnabi...

aku pon carik la info pasal ni sket...sudi2 la membacanyer...

Persoalan yang dikemukakan sudah jelas pada pengetahuan Mawar mengenai khilaf pendapat yang wujud mengenai batas aurat muslimah di hadapan wanita non muslim.

Khilaf itu berdasarkan tafsiran berbeza ayat 31 Surah Al-Nur. Perbahasan secara ilmiah mengenainya sudah banyak dibicarakan di laman-laman web lain.

Majoriti fuqaha’ mengatakan aurat muslimah di hadapan wanita non muslim sama seperti aurat di hadapan lelaki ajnabi.

Pendapat lain ialah yang mengatakan muslimah boleh berpakaian seperti pakaian biasa yang dipakai di dalam rumah. Pakaian yang biasa dipakai di dalam rumah ialah baju berlengan pendek, skirt labuh, seluar panjang (bukan ketat), gaun labuh berlengan pendek dan seumpamanya.

Pandangan ketiga ialah yang mengatakan sama seperti aurat sesama wanita muslimah yakni selain antara pusat hingga lutut.

Bagaimana cara kita memilih antara 3 pendapat di atas? Untuk membuat keputusan terbaik buat diri kita ialah dengan melihat objektif menutup aurat itu sendiri yakni menjaga maruah dan kesopanan wanita Islam.

Oleh itu perlu dilihat kepada akhlak wanita non muslim itu sendiri. Jika dia seorang yang menjaga kesopanan dan menghormati kita, maka pendapat kedua adalah baik diamalkan agar terangkat perkara yang menyusahkan dari diri kita.

Jika wanita non muslim itu seorang yang tidak baik dan sentiasa mencari kelemahan muslimah untuk disebarkan kepada orang lain, maka wajiblah menutup aurat seperti biasa.

Apabila menyebut tentang akhlak, isu ini turut terbuka kepada sesama muslimah dan kanak-kanak sekali pun. Jika wanita Islam atau kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan yang tidak baik, maka tetap wajib menutup aurat seperti biasa di hadapan mereka. Dibimbangi mereka bercerita tentang aurat kita di hadapan lelaki ajnabi.

sumber: Ummu Abbas

klik sini untuk penerangan dari imamudasyraf

lagi klik sini

nnti bila korang dah p spa tu..review la eh..mesti best kan.. :)

korang ada PROMOSI TUNGKU MODEN...meh klik SINI or gambar bawah...


5 budak comey:

mekchu said...

mmg selalu kan kalo pakej mcm ni, keistimewaan umat islam diabaikan.. thanks ingatkan..

ardinihumaira said...

kalo dni, dni tak pegi :)

Kancilbiru said...

aku tak mau yang no 2 tu...dah sah2 haram laki aku dibelai oleh wanita lain..dennggg!!!hahaha...

Sharinginfoz said...

thanks buat ulasan sebab itu saya suka baca tulisan blogger yang mana independent dan bukan hanya mengejar something. well done, keep it up sis, sama-sama kita bagi pendapat yang kita rasa betul tanpa dipengaruhi oleh sesuatu

kakyong said...

eT,
rasional yg sgt baik ni..
tu pasal kakyong pk byk kali bila nak 'blog' pasal milkadeal tu...

setuju dgn no2 & no3... & yg pasti spa bukan lah milik org Islam..