Wednesday, March 30, 2011

Wiladah dan Nifas


Wiladah ialah bersalin...
nifas ialah darah yang mengiringi wanita bersalin...
Oleh itu wiladah dan nifas adalah dua darah yang berbeza.
Oleh sebab itu perempuan yang bersalin perlu mandi wajib dua kali iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib nifas. Ulama’ fiqh mengatakan bahawa diwajibkan mandi wiladah kerana mereka menyatakan bahawa wiladah adalah sama dengan air mani. Oleh itu wajib mandi disebabkan keluar air mani.
Masa mandi wajib wiladah adalah sebaik sahaja dia mampu bergerak untuk membersihkan diri. Wallahu a’lam.

sumber : sini




Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.
Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.
Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala".


Kesimpulannya wanita yang melahirkan ada 3 keadaan:

1) Jika ia melahirkan tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah semata-mata, dan wajib ia menunaikan solat selepas itu, walaupun masih dalam pantang.
2) Jika ia melahirkan dengan diiringi nifas serta merta, maka wajib baginya mandi nifas semata-mata setelah kering darah nifas dan wajiblah ia mendirikan solat selepas itu.
3) Jika ia melahirkan, pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib ia mandi wiladah dan mendirikan solat. Kemudian jika ia didatangi pula dengan nifas, maka dia hendaklah berhenti solat dan wajib ia mandi nifas apabila kering darah nifas. kemudian wajiblah ia solat.

Wallahu A'lam.


Sumber: halaqah.net


5 budak comey:

eMMe said...

Terima kasih eT, atas penerangan tersebut....

ardinihumaira said...

thanks kak untuk info ini :)

Zaidah said...

so kesimpulannyer lebih baik kita mandi kedua2 sekali bagi mengelakkan keraguan...

Unknown said...

emme / dni:
ilmu ni utk simpanan diri sendiri jugak sambil2 share ngan korang kn...

zaidah:
a'ah..mandi dedua...

Unknown said...

aritu lepas deliver, tak mandi pon kt hospital hehe..gosok gigi n cuci muka je. bila balik umah petang tu. mandi ngn air rebusan daun2 dan terus mandi wiladah jugak..